Sunday, July 31, 2011

Tabaruj Wanita

assalamualaikum... pertama-tamanya nak ucap selamat berpuasa....selamat menyambut bulan yang mulia ini.... Ramadhan kali ini sungguh indah :) sbb dapat sambut dirumah bersama-sama keluarga tercinta....tapi post kali ni bukan nak ceciter pasal ramadhan... afaf akan kongsi pasal Ramadhan dalam next post ye....

Hari ni afaf nak cerit hukum tabaruj wanita... bagi yang tak tahu ape tu tabaruj, tabaruj ni adalah hukum hakam peraturan berhias bagi wanita Muslim....sesungguhnya, kecantikkan seseorang wanita Muslim itu haram dipertontonkan dihadapan lelaki ajnabi yakni bukan mahramnya... jadi apabila seseorang wanita itu mempertontonkan kecantikkannya kepada lelaki ajnabi ini maka hal ini akan mendatangkan kemurkaan dari Allah S.W.T..

Kerana itu Islam menggariskan panduan menutup aurat kepada kaum Muslimah, supaya mereka menjaga maruah diri mereka itu... takut nanti Allah murka....Dan sesungguhnya kecantikkan seseorang wanita itu hanya boleh dipertontonkan kepada bapanya, mahramya dan juga suaminya sahaja... Bapa mertua juga adalah dalam kategori dibenarkan...

kenapa Islam xbagi mempertontonkan aurat dan kecantikan? sebab Islam itu menutup pintu-pintu kemaksiatan...MasyaAllah, subhanallah... Islam sangat menjaga kemuliaan seorang wanita ini.. cuba kita fikirkan sekiranya wanita mempamerkan susuk tubuhnya, pasti ramai lelaki akan tertawan tergoda... syaitan juga akan menghasut, maka macam2 gejala yang negatif seperti kes rogol semakin meningkat... kenapa Islam xmembenarkan kecantikkan dipertontonkan kepada lelaki ajnabi? kerana takut timbulnya fitnah... Dalam satu hadis ada meriwayatkan, bahawasanya wanita ini apabila dia keluar dari kediammannya ataupun rumahnya, Maka syaitan akan menghinggap diatas mukanaya dan juga pinggulnya... sebab apa? sebab syaitan nak orang lelaki tgk wanita ini... maka bila seseorng lelaki ajnabi melihat kecantikkan wanita ini, timbullah zina hati....

zina hati ini bahaya.. semua ini hembusan dan bisikan syaitan... mulianya Islam menjaga hukum tabaruj wanita...

Namun pada masa kini....ramai wanita yg bertudung litup tetapi pakain mereka tidak mengikut hukum tabaruj... tudung tidak mengikut garis panduan Islam... xsalah untuk berhias... 3 pekara harus dalam berhias bagi wanita ialah memakai celak, memakaiinai dijari dan memakai cincin....

jadi make up ala kadar sahajalah....jadikan diri kita sebagai Muslimah yang taat akan perintah Allah.. semoga kalau kita ikhlas kerana Allah, maka Allah akan memberi RahmatNYA kepada kita...

saya suka disini untuk mematik ayat dari seorang sahabat.... A kafir guy, ask a Muslim guy, why in Islam, women have to fully covered? They have their beauty, so why can't thet show it? God create them to have the beauty then why can't they show it? Then a Muslim guy unwrapped one sweet and put it on the ground... and put the wrapped sweet on the ground next to the unwrapped one... Then he said to the kafir, these sweets are sweet and tasty right... but if u have to choose between this two sweets, which one will u pick? Then the kafir said, of course the wrapped one...

then the Muslim guy smiled, he said, that how Islam protect the beauty of women. We don't want them to exposed their beauty because it will cause them to be dirty..just like these sweets...

jadi, sebagai wanita Islam, saya rasa terpanggil untuk berkongsi... sama2lah kita mengingatkan... saya jua belum sempurna tabarujnya.. masih banyak yang perlu diusahakan semoga sempurna....

ingatlah kecantikkan kita ni biarlah dinikmati oleh suami kita sahaja.. itu lebih berkat... Cantik dimata manusia tak semestinya cantik juga di mata ALLAH.... sama2lh kitamengingati antara satu sama lain...

Jom berubah untuk keredhaan ALLAH :) InshaAllah sentiasa dalam rahmatNYA

1 comment:

  1. astaghfirullahalazim.. tabaruj aku masih belum sempurna....rakan-rakan, terutamanya yang wanita, jika anda kasihkan ayah anda, jagalah aurat anda, kerana selangkah anak perempuan keluar dari rumah xmenutup aurat, selangkahlah juga ayahnya ke api neraka, jika anda wahai wanita yg sudah bersuami sayangkan suami anda, jagalah aurat anda kerana selangkah isteri keluar dari rumah tidak menutup aurat, maka selangkah jualah isteri telah menghantar suami ke api neraka..renung-renungkan :0

    ReplyDelete