Wednesday, July 20, 2011

Qada' dan Qadar Allah

Bismillahhirahmanirahhim~ Assalamualaikum.....
hari ni, rasa sangat sedih. Instinct aku selama ni benar belake... aku sedih. rase nak menitis air mata ni sebab cinta lg... tapi aku tahan rasa sebak tu. sebab aku pernah berjanji i will never ever be fooled by love again. Aku tahan sebab aku tahu ni ketentuan Allah. Dan siapalah aku yang nak menghalang semua ni daripada berlaku...

Ya Allah...Hanya DIA sahajalah yang mengetahui apa yang aku rasa saat dan ketika ini.. saat dan ketika akhirnya dia tunjukkan kepada aku yang si dia bukan untuk aku. Rasa hancur luluh hati.. Rasa nak menangis sekuat2nya.. Rasa bodoh sebab berharap. Rasa aku ni mcm menunggu sesuatu yang tak akan pernah pun jadi milik aku.

Tipu kalau aku xde langsung rasa sayang terhadap dia.. Tapi biarlah semua tu sekarang semua rasa tu sekarang jadi hak Allah yang semata-mata.

Mungkin Allah nak aku cinta DIA dengan sepenuh hati aku....Aku redha. Sedih tu hilang sebab sekurang-kurangnya kali ni Allah tunjuk pada aku.. Subhanallah...Besar petunjuk Allah tu buat aku.

Allah nak lindung aku degan rahmatNYA dan aku redha.. Redha yang separuh jiwa aku ini disakiti lagi. Apalah sangat musibbah yang Allah bagi ni kalau nak dibandingkan dengan segala nikmat yang aku peroleh...

Ya Allah, ampunkanlah aku. Benar Ya Allah...aku ikhlas sayang akan sidia.. tapi dia bukan hak aku.. Aku redha lepaskan semua ini untuk rahmatMU..Engkau selalu tahu yang terbaik untuk aku.. Aku akan sentiasa yakin padaMU Ya Rabbi. Cukuplah hanya cinta aku kepadaMU.. Rahmatilah aku.. Jangan biarkan aku terpesong seperti dahulu lagi...

Aku beriman dengan Qada' dan QadarMU... aku yakin setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya... Engkau lebih mengetahui dan Engkau sebaik-baik perancang... Ampunkan dosa aku Ya Allah sekiranya sedihku ini hanya melalaikan aku.... Ingatkan aku selalu dengan janjiMU.. Sabarkanlah hati yg terluka ini Ya Allah... Moga-moga dengan kesabaran itu KAU limpahkan keberkatan dan barakahMU.

No comments:

Post a Comment