Thursday, July 7, 2011

Siratullmustaqim

Ya Allah, sekiranya rasa cinta yg Engkau selitkan dalam hatiku ini untuk dirinya adalah satu ujian dariMU, maka kau ambillah semua rasa cinta ini.... aku takut Ya Allah. Takut dikecewakan. Dia bukanlah muhrim, malah tidak halal bagiku untuk mencintainya.. Ya Allah, jauhkan aku dari zina hati ini. Buanglah semua rasa hawa nafsu cinta yg bersarang dalam hatiku ini. Jadikan cintaku itu hanya MilikMU Ya Rabb. Aku takut, aku takut sekiranya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka kerana cinta sesama insan.

Ya Allah, aku tidaklah layak untuk dicintai oleh insan semulia dirinya... Dia sungguhlah seorang lelaki soleh, khalifah yang sangat diingini oleh para-para wanita solehah.. Dia beramal dengan ilmunya... Namun siapalah. Insan yang mempunyai masa silam yang tidak cukup pantas untuk dirinya.

Ya Allah, beri aku petunjukMU... letakkanlah cintaku padaMU sepenuh hatiku... aku takut Ya Allah... aku takut aku lalai meuju jalan SiratullmustaqimMU.... YA ALLAH, sungguhnya berat ujianMU ini. Kuatkan hatiku. Sekiranya dialah jodohku, maka Ya Allah aku bersyukur atas doaKU kau makbulkan. Tapi bukankah lelaki yang baik itu hanyalah untuk wanita yang baik... aku sedar siapa aku, masa silamku tidak mungkin akan persis dengan dirinya.

Ya Allah, kuatkanlah aku untuk terus menghalang hatiku dari lalai menyimpan perasaan cinta terhadap insan yg bukanlah muhrimku itu.. Dia sememangnya idaman setiap wanita.. Namun Ya Rabb, cintaku hanya untukMU.sepenuh hatiku hanya untukMU.. Izinkan aku untuk mencintaiMU dahulu sepenuh hatiku... Aku ingin mencintaiMU YA ALLAH...kudambakan cintaMU. Janganlah kau lalaikan aku... bawalah aku menuju siratullmustaqimMU...dan janganlah sekali-kali kau pesongkan hatiku dari jalanMU yang benar ini setelah kau berikan aku petunjukMU....

No comments:

Post a Comment