Wednesday, July 13, 2011

aku perlu berpesan kepada diri sendiri

Assalamualaikumwarahmatullah..... coretan ini adalah semata-mata untuk mengingatkan aku tentang qada' dan qadar Allah... Allah tetapkan segala sesuatu itu terjadi dengan hikmah..Jadi apakah tidak kita berfikir tentang kekuasaan Allah Yang Maha Mengetahui tentang segala sesuatu sebelum adanya ia?

semenjak dua menjak nie, aku sedih akan cinta yang tak terbalas tue.. makin sedih apabila keakraban yang aku harap tu hilang.. aku mula merintih mula gusar mula resah.. macam orang yang tak prcaya dengan takdir Allah. Astaghfirullahalazim.. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku dan masukkan aku dalam golongan orang yang bersabar...

selama ni aku lupa.. Dulu aku tunggu hampir 3 tahun nak dapatkan band 4 MUET..aku tak pernah pulak give up dengan doa aku... Alhamdulillah, Allah makbulkan jua ahirnya... Kenapa aku nak termasuk dalam golongan orang2 yang rugi? Sedangkan Allah dah janji, dalam firmannya yang bermaksud : "Maka berilah khabar berita gembira kepada orang-orang yang bersabar". Orang yang bersabar itu besar nikmatnya kelak..

Ya Allah, kau ampunilah aku kerana aku tidak bersabarl..sesungguhnya Engkau lebih mengetahui... Ya Allah andai cinta ini harus aku korban demi rahmatMu ya Allah...maka cukuplah cinta aku padaMU semata-mata..

Aku ingin menuju siraatulmustaqimMU itu...Ampuni aku Ya Allah....kerana cuba menafikan qada' dan qadar Mu...sesungguhnya Engkau lebih mengetahui dan aku tiada daya dan upaya tanpa pertolongan daripadaMu Ya Rabbi.

No comments:

Post a Comment