Friday, August 19, 2011

La Tahzan kerana Jodoh

kadang2 ada jugak rasa cemburu, sedih, alone bila tgk orang lain bahagia bersama pasangan masing2... terlintas jugak kat hati ni kadang2, nak terima je kaum2 adam yg dirasakan sesuai.. bila fikir2 balik, tak kuat lagi iman aku rupanya....
Astaghfirullahalazim.

kenapalah nak mengharapkan cinta duniawi sedangkan dunia hanya sementara? cinta sesama insan itu jua adalah pinjaman milikNYA...akhirat tu kan yang kekal..kenapa nak kejar cinta dunia semata-mata? cinta pada Allah itulah yang paling Agung... yang kekal hingga ke akhirat, yang janjinya adalah pasti....

untuk apa dicari cinta itu, Janji Allah kan pasti... jodoh pertemuan itu ditentukan oleh Allah... jadi kenapa nak gusar, nak takut? bercinta lama mana pun kalau dah bukan jodoh, akan diakhiri perpisah jua bukan?

Aku yakin, Allah ciptakan aku dari tulang rusuk lelaki itu, dan dia pasti ada untuk aku... Bersabar tu kan besar pahalanya, bersabar itu ganjarannya pasti.. Biarlah mereka yang lain berbahagia bersama kekasih mereka... Ingat, bahagia dunia hanya sementara...

kejarlah bahagia dunia dan akhirat..bukankah itu lebih afdhal... dulu..masih ingat tak, aku kejar cinta dunia itu, tapi apa yang aku dpt di pengakhirannya???

cukuplah, dan memadailah aku berbahagia dengan cintaku kepada Illahi... rahmatnya itu pasti... cukuplah dan memadailah, kasih dan sayang dari kedua ibu bapa ku serta ahli keluargaku... apaaku tak bersyukur dengan kasih sayang mereka?

Bahagia hati ini apabila nikmatnya keimanan kepada Allah itu melebihi segalanya... InshaAllah.. perubahan ini, penghijrahan ini demi sebuah rahmat dari Allah...

Usahlah gusar kerana jodoh... kerana janji Allah itu pasti.

No comments:

Post a Comment