Friday, August 5, 2011

Indahnya Ramadhan~

Subhanallah, Alhamdulillah, Walaillahhaillallah, Allahuakbar.. segala puji itu sesungguhnya milik Allah yang selayaknya.. DIA kurniakan segala kemudahan bagiku.. Alhamdulillah.. tatkala aku menuliskan luahan ini hatiku bersyukur menghayati bulan ini.. Aku bersyukur atas segala nikmat dan kurniaanya... Allah mudahkan laluanku yang berduri yang penuh dgn kesedihan.. dikurniakannya kemudahan dalam kehidupan seharianku... Maka apakah aku tidak bersyukur? dan sekiranya aku tidak mensyukuri rahmat dan limpah kurniaan Allah itu, maka termasuklah aku dalam golongan-golongan orang yang rugi...

GOD IS THE GREATEST.... aku benar-benar bersyukur Ya Allah.. kesenangan ini milikMU, kemudahan ini milikMU, nikmat ini juga milikMU.. terima kasih Ya Allah... Terima Kasih atas segalanya...ini KAU pinjamkan untukku, ianya tidak akan kekal.. namun aku bersyukur... syukur atas segalanya..ini nikmatMU... Alhamdulillah...

Alhamdulillah kau mudahkan aku dan KAU beri jalan untu aku menyelesaikan masalah ku, Alhamdulillah KAU lembutkan hati-hati mereka yang terguris olehku untuk memaafkan kekhilafan aku.... Alhamdulillah kau lapangkan masa-masaku untuk terus beribadah walaupun suntuk aku bekerja seharian... Alhamdulillah KAU letakkan didalam hatiku keutamaan mencintaiMU supaya aku sentiasa berbahagia disisiMU YA RABB....

Aku bersyukur.... Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment