Tuesday, April 5, 2011

Hari ni aku…..


Hari ni aku naik train, then aku terpandang satu perempuan ni, so nice.. cantik bertudung litup.. dia duduk disebelah aku… dia membuatkan aku terfikir aku yang dulu….
Dulu aku pun bertudung litup… aku obey what GOD has written in the QORAN.. aku dibesarkan dalam keluarga yang sempurna praktikal agamanya… hijabku menutupi semua auratku.
Tapi tak lama kemudian, aku berubah, aku mengenali cinta… cinta antara adam dan hawa… since that I am totally change… aku mungkin bertudung, tapi hanya untuk ke kelas… adakah aku nak reform satu identity baru? Ntah… aku pun tak faham.
Up until now…. Tapi niat, niat aku bertudung ke kelas adalah kerana itu salah satu tuntutan menuntut ilmu…. Aku bertudung di hadapan kedua ibu bapa ku… atas niat aku menjaga hati mereka… tapi bukankah niat aku kadang2 bercampur aduk dengan hasutan syaitan?
Terpandang akan perempuan berhijab ini menimbulkan persoalan atas sikap aku selama ini….. mana aku yang dahulu???? Siapa aku sekarang? Cinta apa yang aku cari? Kejayaan apa yang aku kejar? Siapa aku? Apa niat ku?
Maka dengan itu, terdetik dihati untuk berubah…. Aku ingin berubah………..

No comments:

Post a Comment