Monday, July 26, 2010

SESUNGGUHNYA KEMUDAHAN ITU DATANG SESUDAH KESULITAN

13 syaaban 1431
17.32 p.m

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Insyirah ayat 5-6 “ Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kesenangan. Sesudah kesulitan itu pasti ada kesenangan.” Aku yakin, segala kesulitan, kepayahan dan kesedihan ini, pasti satu hari nanti akan Allah gantikan dengan kebahagiaan yang aku cari.
Oleh kerana itu aku tidak mahu lagi bersedih. Air mata ini hanya ku alirkan dalam setiap doa-doa ku pada yang Esa. Kini aku sedar, aku tidak lagi bersendirian, Bukankah Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Memahami. Aku yakin Dia mendengarkan isi hati yang ingin kembali sujud dan menghambakan sepenuh hati ini pada Dia.
Kadang kala aku putus asa akan doa-doaku. Namun aku mengetahui pertolongan yang Maha Esa itu sangat hampir dengan diriku. Jadi untuk apa aku harus meminta-minta pada manusia, sedangkan dia juga milik Allah. Allah Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya. Bukankah sebagai hamba aku harus bersabar dan yakin. Kerana itulah kunci kepada kebahagiaan ku. Allah pasti akan makbulkan doaku. Insyaallah. Sebagai hamba aku tidak seharusnya berputus asa dengan doaku itu.
Aku berharap disebalik kesulitan ini, Allah akan kurniakan aku kebahagiaan itu. Pasti…janji Allah itu pasti. Aku redha dengan ketentuan Allah. Aku redha.Sesungguhnya aku milik Yang Maha Esa itu. Aku tiada daya dan tiada upaya tanpa pertolongan daripadanya. Dengan kesedihan ini aku menemui diriku makin rapat dengan Penciptaku. Malah tatkala aku bersedih, aku makin kerap bersujud kepadaNYa. Kerana hanya dengan mengingati dia, maka tenanglah hati yang sebelumnya berkecamuk.
Aku temukan satu kebaikkan disebalik jerih payah yang aku terpaksa hadapi, iaitu mendekati Allah S.W.T. mungkin sebelum ini aku jauh dariNya. Aku hanya memikirkan kebahagiaan duniawi. Tapi ternyata kebahgiaan yang aku cari itu mati ditengah jalan. Allah memberi peringatan kepada hambaNya dalam berbagai bentuk.
Hatiku diruntun pilu mengenangkan segala dosa yang telah aku lakukan. Aku merasa begitu sedih dan pedih, mengenangkan dosa silamku. Begitu hinanya diriku ini disisi Dia Yang Maha Suci lagi Maha Mulia. Ku pohon keampunan daripada Nya. Menyesali sikapku yang melupakan Dia diwaktu kesenangan ku. Kerana saat dan waktu aku bersedih ini Dia, tidak pernah melupakan ku.
Aku memohon keampunan atas setiap dosaku. Mengharapkan Yang Esa itu selamatkan aku dari siksanya Azab kubur itu. Aku mohon agar Allah S.W.T akan selamatkan aku dari siksanya azab api neraka yang panas. Aku sedar aku tidak layak untuk ,melangkah walaupun seinci ke syurga Allah, namun aku tidak pula sanggup sama sekali untuk menghampiri neraka jahanam itu.
Ku pohon ampunan Mu ya Allah. Semoga Allah mudahkan bagiku untuk berubah. Untuk mengenali diriNya. Untuk terus taat akan perintahNya. Semoga petunjuk Allah ini akan membawa ku kejalan kebenaran dan ke jalan kebahagiaan yang aku cari selama ini. Maha Suci Allah yang didalam genggamaNya lah aku berlindung dari sebarang kejahatan.
Ya Allah, jika ini jalan yang engkau redhai maka bawalah aku, pimpinlah aku, ingatkan lah aku DUNIA itu hanya persinggahan ku. Janganlah Kau pesongkan hati ku ini Ya Allah. Kuatkanlah IMAN ku.. ampunkan aku atas segala dosa ku. Maha Suci Allah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang, dan Maha Pemurah.

No comments:

Post a Comment