Monday, July 26, 2010

Thanks to Allah

13 syaaban 1431
14.39 p.m

Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah S.W.T kurniaakan, aku kini lebih kuat. Kuat dalam menerima qada’ dan qadar Allah. Sudah lama rasanya tidak mencoret luahan hati ini dan berkongsi. Kali ini akan ku tulis semuanya sebelum aku publish dalam blog.
Beberapa bulan ini berbagai masalah yang aku tempuhi. Allah duga dengan hilangnya sebuah cinta yang sangat aku hargai dalam hidup aku. Lantas kerana itu aku bersedih dan tidak dapat menerima realiti. Semua keputusaan aku menemui kebuntuaan. Makin aku yakin akan sesuatu, makin hilang segalanya dari aku.
Dan aku terus bersedih, mempersoalkan akan nasib diriku. Kesedihan mengheret aku ke dunia yang sangat gelap. Dunia yang hanya ada kesakitan, kepedihan, kesedihan. Dunia yang meruntun jiwa aku. Mempersalahkan setiap tindak tandukku. Mempersalahkan dia kerana meninggalkan aku.
Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati ini untuk mencari punca semua ini terjadi. Semuanya bermula apabila tergerak hati ini membaca buku penulisan Dr. ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni. Jangan bersedih, jadilah wanita yang paling bahagia. Sepanjang aku membaca buku itu aku sedar, bahagia yang aku cari itu adalah dengan mencintai Allah. Membaca kisah-kisah para nabi dan Rasul yang lebih besar dugaannya dari apa yang Allah dugakan kepadaku, menyebabkan aku sedar, cinta dunia hanya sementara.
Harapan ku, moga pintu Syaaban ini akan member makna dan jalan kepada perubahan diriku. Aku ingin lebih dekat dengan Allah. Aku mencari Allah dalam hidupku. Aku ingin bahagia. Ku menanti kedatangan Ramadhan itu. Menanti dengan penuh kesabaran dan tawaduk. Aku ingin menjaga kehormatan diriku. Aku adalah aku.
Semoga pintu syaaban in menjadi titik permulaan, dan semoga ramadhan lebih manis bagi hidupku. Syukurku kepada Allah atas segala nikmat ini….

No comments:

Post a Comment