Wednesday, September 14, 2011

hepi rasa mcm nak melompat tinggi2

hehehe...Alhamdulillah...Allah bagi kesempatan untuk pergi kuliah Ustaz Azhar Idrus... Ulama' yg memang saya sayang sgt2..hehehe..dapat jumpa ustak hepi sampai sekarang xhabeh lg deh...ni first time aku pergi kuliah ustaz..selalu dok follow facebook,youtube n blog beliau je...

subahanallah...Allah ja yang tahu mcmmn hepinya hati ni bila dapat duduk dalam kuliah ustaz...Alhamdulillah sebab Allah bagi kesempatan ni buat aku...sgt2 bersyukur...Dulu aku xmacam ni pun... kuliah agama tu langsung rasa xpenting... Mungkin ni jalan yang Allah nak buka untuk aku istiqamah..Jadi DIA permudahkan jalan tu untuk aku timba ilmu... Alhamdulillah.. Ni semua nikmat Allah...

Ape pun sgt hepi sbb dpt jumpa ustaz..semoga Allah kurniakan beliau kesihatan dan kesejahteraan untuk terus memperjuangkan agama Islam yang sebenarnya di Malaysia ni...dan dimata dunia juga.. semoga beliau akan jadi inspirasi untuk para pendakwah di MALAYSIA untuk berdakwah kerana ISLAM bukan kerana KERAJAAN..InshaAllah....

we need ulama' like ustaz untuk memperbetulkan aqidah umat Islam di negara kita...semoga Allah bantu dan permudahkan perjuangan ustaz..InshaAllah

Friday, September 9, 2011

aku masih mencari Allah

aku masih mencari Allah...masih ingin mengenali Yang Maha Esa itu dengan sepenuh hatiku...Orang yang betul-betul kenal Allah adalah orang yang sangat takut pada Allah... orang yang paling takut kepada Allah itu adalah Nabi Muhammad S.A.W kerana baginda betul-betul mengenali Allah... Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya "Demi Allah! Aku lebih takut kepada Allah daripada kamu dan lebih bertakwa kepada-Nya daripada kamu" Hadis Fathul Bahri....

Allah S.W.T berfirman dalam surah Fathir ayat 28 yang bermaksud "Sesungguhnya yang taku kepada Allah diantara hamba-hamba NYa, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Pengampun".

Cuba renungkan... takutkah kita pada Allah? Yang hidup kita dalam kekuasaan NYA kalau kita masih lagi melakukan pekara yang mungkar...Aku masih lemah..masih belum dapat meletakkan hukum agama yang terpaling atas dalam priority hidup aku... Istiqamah terhadap tabaru aku juga mengikut keingininanku... mana hukum Allah itu aku letakkan...

kerana itu aku masih mencari Allah.. aku ingin hati ini tunduk kepada Allah..kenali Allah.. itu adalah jalan siratulmustaqim yang ingin aku tuju... Aku ingin kenal Allah supaya aku dapat merasakan kasih dan sayang NYA Yang ESA itu pada aku....

Allah itu dekat... Allah S.W.T berfirman dlam surah Al-Baqarah ayat 186 " Dan apabila hamba-hambaku beranya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) KU dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"... carilah Allah nescaya kita akan selamat dunia dan akhirat....

Ingatlah pada Allah tatkala kita senang, nescaya Allah akan ingat pada kita tatkala kita susah...Janji Allah itu pasti

Monday, August 22, 2011

Ya Allah, Pandanglah aku

kadang-kadang, kita selalu pertikai, kenapa apa yang kita mohon, kita doa, Allah xmakbulkan....kadang2 rasa putus asa, rasa sedih, rasa kecewa... sangat lemah kan iman kita???

cuba kita fikir sejenak akan dosa-dosa kita..apakah pantas diri kita ini, untuk memohon sesuatu sedangkan kita sendiri masih bergelumang dengan maksiat dan dosa...sedangkan kita sendiri masih belum sepenuhnya mentaati perintah Allah?

cukuplah bagi aku, Allah ampunkan dosa aku dan selamatkan aku dari azab neraka... Aku banyak dosa..dosa yang aku takut Allah xampunkan... kelak kalau aku mati... tanpa pengampunan dari Allah... maka nerakalah seburuk-buruk tempat untuk kembali...

Tapi aku percaya... Allah maha Pengampun..Maha Pengasih, Maha Penyayang... Ya Allah... Pandanglah Aku ketika aku berdoa kepadaMU.. cukup engkau bagiku Ya Allah....cukup hanya Engkau...

Friday, August 19, 2011

La Tahzan kerana Jodoh

kadang2 ada jugak rasa cemburu, sedih, alone bila tgk orang lain bahagia bersama pasangan masing2... terlintas jugak kat hati ni kadang2, nak terima je kaum2 adam yg dirasakan sesuai.. bila fikir2 balik, tak kuat lagi iman aku rupanya....
Astaghfirullahalazim.

kenapalah nak mengharapkan cinta duniawi sedangkan dunia hanya sementara? cinta sesama insan itu jua adalah pinjaman milikNYA...akhirat tu kan yang kekal..kenapa nak kejar cinta dunia semata-mata? cinta pada Allah itulah yang paling Agung... yang kekal hingga ke akhirat, yang janjinya adalah pasti....

untuk apa dicari cinta itu, Janji Allah kan pasti... jodoh pertemuan itu ditentukan oleh Allah... jadi kenapa nak gusar, nak takut? bercinta lama mana pun kalau dah bukan jodoh, akan diakhiri perpisah jua bukan?

Aku yakin, Allah ciptakan aku dari tulang rusuk lelaki itu, dan dia pasti ada untuk aku... Bersabar tu kan besar pahalanya, bersabar itu ganjarannya pasti.. Biarlah mereka yang lain berbahagia bersama kekasih mereka... Ingat, bahagia dunia hanya sementara...

kejarlah bahagia dunia dan akhirat..bukankah itu lebih afdhal... dulu..masih ingat tak, aku kejar cinta dunia itu, tapi apa yang aku dpt di pengakhirannya???

cukuplah, dan memadailah aku berbahagia dengan cintaku kepada Illahi... rahmatnya itu pasti... cukuplah dan memadailah, kasih dan sayang dari kedua ibu bapa ku serta ahli keluargaku... apaaku tak bersyukur dengan kasih sayang mereka?

Bahagia hati ini apabila nikmatnya keimanan kepada Allah itu melebihi segalanya... InshaAllah.. perubahan ini, penghijrahan ini demi sebuah rahmat dari Allah...

Usahlah gusar kerana jodoh... kerana janji Allah itu pasti.

Saturday, August 13, 2011

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah...Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah”- IBNUL QAYYIM-

Thursday, August 11, 2011

Demi Cintaku padaMU YA ALLAH

kadang-kadang dunia yang indah ciptaan Allah ni terasa kosong, aku tak jumpa tujuan hidup aku bila semua yang aku harapkan musnah dan hancur... aku menjadi berputus asa atas segala musibbah yang Allah beri... Astaghfirullahalazim... hinanya aku... sesungguhnya musibbah yang Allah kurniakan itu adalah kerana untuk menguji keimanan aku..

Manakan pantas harus aku berhenti berharap kalau Allah itu selalu dekat dengan aku... Mungkin cinta yang aku cari tiada satu maknapun yang beerti... Harus ku tekadkan hati ini, semua ini demi cintaku pada yang Esa... perubahan ini, cinta ini, pengorbanan ini, semua untuk mendapatkan rahmat Illahi...

Aku ingin mencari cinta yang mendalam terhadap pencipataku...semoga erti cinta kepada Allah yang Esa akan membibitkan sebuah kebahagiaan didalam hati ini..cukuplah... cinta sesama insan yang aku tempuhi semuanya berakhir dengan sebuah tangisan air mata yang cukup derita, dan pedihnya bersisa hingga kini.... Cukuplah kali ini, hanya cintaku untuk MU Ya Allah....

Aku krbankan segalanya demi cintaku padaMU ya Allah.. aku redha, ini takdirMU, dan aku beriman dengan qada' dan qadar MU...

Friday, August 5, 2011

Indahnya Ramadhan~

Subhanallah, Alhamdulillah, Walaillahhaillallah, Allahuakbar.. segala puji itu sesungguhnya milik Allah yang selayaknya.. DIA kurniakan segala kemudahan bagiku.. Alhamdulillah.. tatkala aku menuliskan luahan ini hatiku bersyukur menghayati bulan ini.. Aku bersyukur atas segala nikmat dan kurniaanya... Allah mudahkan laluanku yang berduri yang penuh dgn kesedihan.. dikurniakannya kemudahan dalam kehidupan seharianku... Maka apakah aku tidak bersyukur? dan sekiranya aku tidak mensyukuri rahmat dan limpah kurniaan Allah itu, maka termasuklah aku dalam golongan-golongan orang yang rugi...

GOD IS THE GREATEST.... aku benar-benar bersyukur Ya Allah.. kesenangan ini milikMU, kemudahan ini milikMU, nikmat ini juga milikMU.. terima kasih Ya Allah... Terima Kasih atas segalanya...ini KAU pinjamkan untukku, ianya tidak akan kekal.. namun aku bersyukur... syukur atas segalanya..ini nikmatMU... Alhamdulillah...

Alhamdulillah kau mudahkan aku dan KAU beri jalan untu aku menyelesaikan masalah ku, Alhamdulillah KAU lembutkan hati-hati mereka yang terguris olehku untuk memaafkan kekhilafan aku.... Alhamdulillah kau lapangkan masa-masaku untuk terus beribadah walaupun suntuk aku bekerja seharian... Alhamdulillah KAU letakkan didalam hatiku keutamaan mencintaiMU supaya aku sentiasa berbahagia disisiMU YA RABB....

Aku bersyukur.... Alhamdulillah

Tuesday, August 2, 2011

Indahnya Perasaan Ini... Syukur, Alhamdulillah..

Subhanallah... Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana meletakkan perasaan yang indah ini dalam hatiku... sesungguhnya rasa ini cukup indah apabila dapat aku mendekatimu dirumahMU ya Allah.. terasa begitu lapang dan berbunga serta indahnya perasaan itu, tidak dapat aku gambarkan...Subhanallah... terasa sangat sayu mendengar ayat-ayatMU dilafazkan didalam solat... terasa indah sekali Ya Allah.. All Allah said is True... jika kamu mencintai Tuhanmu, Penciptamu, pasti akan tenanglah hati orang-orang yang beriman itu... subhanallah..maha suci Allah, Alhamdulillah, syukur, segala puji bagi Allah....Kau lapangkanlah hatiku Ya Allah dengan mencintaiMU.. cukuplah cintaku ini hanya untukMU...kerana janji MU itulah yang pasti.

Sunday, July 31, 2011

Tabaruj Wanita

assalamualaikum... pertama-tamanya nak ucap selamat berpuasa....selamat menyambut bulan yang mulia ini.... Ramadhan kali ini sungguh indah :) sbb dapat sambut dirumah bersama-sama keluarga tercinta....tapi post kali ni bukan nak ceciter pasal ramadhan... afaf akan kongsi pasal Ramadhan dalam next post ye....

Hari ni afaf nak cerit hukum tabaruj wanita... bagi yang tak tahu ape tu tabaruj, tabaruj ni adalah hukum hakam peraturan berhias bagi wanita Muslim....sesungguhnya, kecantikkan seseorang wanita Muslim itu haram dipertontonkan dihadapan lelaki ajnabi yakni bukan mahramnya... jadi apabila seseorang wanita itu mempertontonkan kecantikkannya kepada lelaki ajnabi ini maka hal ini akan mendatangkan kemurkaan dari Allah S.W.T..

Kerana itu Islam menggariskan panduan menutup aurat kepada kaum Muslimah, supaya mereka menjaga maruah diri mereka itu... takut nanti Allah murka....Dan sesungguhnya kecantikkan seseorang wanita itu hanya boleh dipertontonkan kepada bapanya, mahramya dan juga suaminya sahaja... Bapa mertua juga adalah dalam kategori dibenarkan...

kenapa Islam xbagi mempertontonkan aurat dan kecantikan? sebab Islam itu menutup pintu-pintu kemaksiatan...MasyaAllah, subhanallah... Islam sangat menjaga kemuliaan seorang wanita ini.. cuba kita fikirkan sekiranya wanita mempamerkan susuk tubuhnya, pasti ramai lelaki akan tertawan tergoda... syaitan juga akan menghasut, maka macam2 gejala yang negatif seperti kes rogol semakin meningkat... kenapa Islam xmembenarkan kecantikkan dipertontonkan kepada lelaki ajnabi? kerana takut timbulnya fitnah... Dalam satu hadis ada meriwayatkan, bahawasanya wanita ini apabila dia keluar dari kediammannya ataupun rumahnya, Maka syaitan akan menghinggap diatas mukanaya dan juga pinggulnya... sebab apa? sebab syaitan nak orang lelaki tgk wanita ini... maka bila seseorng lelaki ajnabi melihat kecantikkan wanita ini, timbullah zina hati....

zina hati ini bahaya.. semua ini hembusan dan bisikan syaitan... mulianya Islam menjaga hukum tabaruj wanita...

Namun pada masa kini....ramai wanita yg bertudung litup tetapi pakain mereka tidak mengikut hukum tabaruj... tudung tidak mengikut garis panduan Islam... xsalah untuk berhias... 3 pekara harus dalam berhias bagi wanita ialah memakai celak, memakaiinai dijari dan memakai cincin....

jadi make up ala kadar sahajalah....jadikan diri kita sebagai Muslimah yang taat akan perintah Allah.. semoga kalau kita ikhlas kerana Allah, maka Allah akan memberi RahmatNYA kepada kita...

saya suka disini untuk mematik ayat dari seorang sahabat.... A kafir guy, ask a Muslim guy, why in Islam, women have to fully covered? They have their beauty, so why can't thet show it? God create them to have the beauty then why can't they show it? Then a Muslim guy unwrapped one sweet and put it on the ground... and put the wrapped sweet on the ground next to the unwrapped one... Then he said to the kafir, these sweets are sweet and tasty right... but if u have to choose between this two sweets, which one will u pick? Then the kafir said, of course the wrapped one...

then the Muslim guy smiled, he said, that how Islam protect the beauty of women. We don't want them to exposed their beauty because it will cause them to be dirty..just like these sweets...

jadi, sebagai wanita Islam, saya rasa terpanggil untuk berkongsi... sama2lah kita mengingatkan... saya jua belum sempurna tabarujnya.. masih banyak yang perlu diusahakan semoga sempurna....

ingatlah kecantikkan kita ni biarlah dinikmati oleh suami kita sahaja.. itu lebih berkat... Cantik dimata manusia tak semestinya cantik juga di mata ALLAH.... sama2lh kitamengingati antara satu sama lain...

Jom berubah untuk keredhaan ALLAH :) InshaAllah sentiasa dalam rahmatNYA

Thursday, July 28, 2011

Aku Tak Mampu Mendiamkan Mereka

Assalamualaikum....disini saya nak memohon maaf atas segala salah dan silap saya. Andai tingkah laku saya, andai perangai saya, andai kata-kata saya selama ini telah menyebabkan sesetengah daripada anda membenci saya dan tidak menyukai diri saya ini...saya tak sempurna.. saya banyak buat salah. saya banyak buat dosa...kalau saya x layak pun jadi sahabat anda, maka saya akur... saya x sesempurna orang lain.

saya xpandai nak mengatur kata berbicara. diam saya bukan marah...diam saya juga bukan benci... diam saya kerana saya fikir itulah yang terbaik... yang terbaik bagi semua untuk teruskan kehidupan kita....

tapi itu tak bermakna saya boleh biarkan maruah diri saya terus dihina... namun siapa saya untuk tutup segala kebencian yang dah lama bersarang di hati anda..... apa yang saya boleh katakan disini... saya minta maaf sekiranya saya punca penyebab anda membenci saya.

hidup manusia didunia ini tidaklah lama... yang pasti satu hari nanti Malaikat akan datang jemput saya untuk bertemu yang ESA itu... dikesempatan ini saya ingin memohon beribu kemaafan.... xterluah rasa kesal dan kesalahan yang terus-terusan membelenggu diri saya ini sekiranya sy benar2 telah menyakitkan hati anda....

saya hidup, pasti saya akan mati....dan saya mengharapkan kemaafan yg suci yang iklas yang tulus dari anda semua... saya x sempurna...cuma pinta saya, maafkanlah saya sekiranya saya benar2 tela melakukan kesalahan... salah sesama manusia itulah yang paling saya takutkan....

tapi saya tak mampu nak halang anda semua dari terus membenci saya.. bencilah.. nilai lah segala tindakkan saya selagi saya hidup... segalanya saya serahkanpada yang MAHA ESA, untuk menentukannya....

akhir kalam saya....ikhlas saya mohon maaf.. hidup saya sementara didunia ini...maafkan saya seikhlasnya...sekiranya linangan air mata yg mengalir ini kerana menyesal atas perbuatan saya yang telah menyebabkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak, maka biarlah ianya terus mengalir...sebab biar saya tanggung sakitnya rasa itu.. saya x sempurna. namun saya disini hanya untuk memohon sebuah kemaafan itu.

Wednesday, July 20, 2011

Qada' dan Qadar Allah

Bismillahhirahmanirahhim~ Assalamualaikum.....
hari ni, rasa sangat sedih. Instinct aku selama ni benar belake... aku sedih. rase nak menitis air mata ni sebab cinta lg... tapi aku tahan rasa sebak tu. sebab aku pernah berjanji i will never ever be fooled by love again. Aku tahan sebab aku tahu ni ketentuan Allah. Dan siapalah aku yang nak menghalang semua ni daripada berlaku...

Ya Allah...Hanya DIA sahajalah yang mengetahui apa yang aku rasa saat dan ketika ini.. saat dan ketika akhirnya dia tunjukkan kepada aku yang si dia bukan untuk aku. Rasa hancur luluh hati.. Rasa nak menangis sekuat2nya.. Rasa bodoh sebab berharap. Rasa aku ni mcm menunggu sesuatu yang tak akan pernah pun jadi milik aku.

Tipu kalau aku xde langsung rasa sayang terhadap dia.. Tapi biarlah semua tu sekarang semua rasa tu sekarang jadi hak Allah yang semata-mata.

Mungkin Allah nak aku cinta DIA dengan sepenuh hati aku....Aku redha. Sedih tu hilang sebab sekurang-kurangnya kali ni Allah tunjuk pada aku.. Subhanallah...Besar petunjuk Allah tu buat aku.

Allah nak lindung aku degan rahmatNYA dan aku redha.. Redha yang separuh jiwa aku ini disakiti lagi. Apalah sangat musibbah yang Allah bagi ni kalau nak dibandingkan dengan segala nikmat yang aku peroleh...

Ya Allah, ampunkanlah aku. Benar Ya Allah...aku ikhlas sayang akan sidia.. tapi dia bukan hak aku.. Aku redha lepaskan semua ini untuk rahmatMU..Engkau selalu tahu yang terbaik untuk aku.. Aku akan sentiasa yakin padaMU Ya Rabbi. Cukuplah hanya cinta aku kepadaMU.. Rahmatilah aku.. Jangan biarkan aku terpesong seperti dahulu lagi...

Aku beriman dengan Qada' dan QadarMU... aku yakin setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya... Engkau lebih mengetahui dan Engkau sebaik-baik perancang... Ampunkan dosa aku Ya Allah sekiranya sedihku ini hanya melalaikan aku.... Ingatkan aku selalu dengan janjiMU.. Sabarkanlah hati yg terluka ini Ya Allah... Moga-moga dengan kesabaran itu KAU limpahkan keberkatan dan barakahMU.

Monday, July 18, 2011

S.A.B.A.R

kenapalah yang nak cepat2 sgt? kenapalah yang kalut sgt? tak lari gunung dikejar....Allah ciptakan aku dari tulang rusuk lelaki itu.. siapa? aku pun xtahu. Hanya Allah yang mengetahui....kadang aku jd gusar, rasa resah, rasa nak bercinta balik. Bukannya xada yang meluahkan rasa, kalau aku inginkan pasti sekarang tak single lagi kan?

Tapi aku ingin bersabar.. Aku nak tunggu dia jugak... siapa dia tu? aku pun tak tahu.... tapi dia adalah jodoh aku yang aku cari selama ni. dia adalah bakal suamiku kelak... dia adalah khalifah rumah tangga ku kelak... Siapa dia, Allah sahaja yang mengetahui.

Jadi, untuk apa aku simpan harapan dan kasih terhadap lelaki lain kalau lelaki itu bukanlah jodoh yang pantas buat aku? 2 kali dah cukup untuk mengajar aku erti BERSABAR... cinta sesama manusia akhirnya adalah perpisahan...Yang kekal itu hanyalah Cinta kepada Allah....

Tapi memang bukan mudah nak SABAR...banyak dugaan yang datang dan pergi.... betapa aku mengharapkan perlindungan daripada Zat Yang Maha Besar RahmatNya untuk lindungi aku dari memilih lelaki yang salah lagi.....

Thursday, July 14, 2011

Cinta 6

kadang-kadang aku rasa nak menjerit, nak satu dunia tahu aku suka dekat dia.. tapi bila fikir-fikir balik untuk apa. lebih baik aku pendamkan semua yang aku rasa ni. Allah lebih mengetahui.. Dia seorang yang mulia. takkan pantaslah aku untuk dirinya. aku ni hina.... siapalah aku untuk dia. Sesungguhnya lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik.. I always know he deserves better than orang yang mcm aku nie.

Saat aku pendamkan rasa kasih ni... cukuplah Allah sahaja yang mengetahui. Allah tahu yang terbaik. Aku takkan pernah putus mengharap dan brdoa pada illahi semoga sentiasa diselitkan kesabaran dalam hati aku.. dan semoga cinta yang bersarang dalam hati aku untuk dia akan jadi milik Allah semuanya.

cukuplah aku mencintai Allah S.W.T.. kerana cinta inilah yang akan kekal. setidak-tidaknya aku dah menjauhkan diri aku daripada melakukan pekara yang rugi...

cuma kalau boleh aku katakan disini buat dirinya " Tuhan yang tahu ku cinta kau "......cukuplah sekadar Allah yang tahu.

Wednesday, July 13, 2011

aku perlu berpesan kepada diri sendiri

Assalamualaikumwarahmatullah..... coretan ini adalah semata-mata untuk mengingatkan aku tentang qada' dan qadar Allah... Allah tetapkan segala sesuatu itu terjadi dengan hikmah..Jadi apakah tidak kita berfikir tentang kekuasaan Allah Yang Maha Mengetahui tentang segala sesuatu sebelum adanya ia?

semenjak dua menjak nie, aku sedih akan cinta yang tak terbalas tue.. makin sedih apabila keakraban yang aku harap tu hilang.. aku mula merintih mula gusar mula resah.. macam orang yang tak prcaya dengan takdir Allah. Astaghfirullahalazim.. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku dan masukkan aku dalam golongan orang yang bersabar...

selama ni aku lupa.. Dulu aku tunggu hampir 3 tahun nak dapatkan band 4 MUET..aku tak pernah pulak give up dengan doa aku... Alhamdulillah, Allah makbulkan jua ahirnya... Kenapa aku nak termasuk dalam golongan orang2 yang rugi? Sedangkan Allah dah janji, dalam firmannya yang bermaksud : "Maka berilah khabar berita gembira kepada orang-orang yang bersabar". Orang yang bersabar itu besar nikmatnya kelak..

Ya Allah, kau ampunilah aku kerana aku tidak bersabarl..sesungguhnya Engkau lebih mengetahui... Ya Allah andai cinta ini harus aku korban demi rahmatMu ya Allah...maka cukuplah cinta aku padaMU semata-mata..

Aku ingin menuju siraatulmustaqimMU itu...Ampuni aku Ya Allah....kerana cuba menafikan qada' dan qadar Mu...sesungguhnya Engkau lebih mengetahui dan aku tiada daya dan upaya tanpa pertolongan daripadaMu Ya Rabbi.

Monday, July 11, 2011

kenapa perlu resah?

Assalamualaikum... nukilan kali ini adalah untuk memperingati antara kita semua..juga untuk memperingati diri saya sendiri yang tak pernah lekang dari melakukan kesilapan... Sebagai orang Islam, kita diajarkan tentang rukun-rukun Iman...Yakni Percaya kepada Allah, percaya kepada Rasul, percaya pada malaikat, Percaya kepada Al-kitab, percaya kepada hari akhirat dan oercaya kepada qaada'dan qadar...

Jadi apa kita tak yakin dengan janji Allah? apa kita ragu dengan Allah? Astaghfirrullahhalazim... muhasabah diri kita..beriman ka kita kalau percaya pada takdir Allah pun kita tak mahu?

persoalan ni timbul, bila ada segelintir rakan2 yang takut, yang resah tunggu jodoh.. Orang lain doh ade yang punya..kite bile lagi dok? risau xde ore nak suko ke dio... takut jodoh hok tunggu tu maghie lambat sgt...

Haish.. sabarlah... Allah dah cakap, Allah ciptakan manusia ini berpasang-pasangan...Tok key dok yakin lg??? sabarlah... Semua tu hasutan syaitan belaka... Dok ghok chetong pun...

Sabar la deh... InshaAllah ada... ada yang terbaik diluar sana... mungkin belum sampai waktunya lagi..kita dok tahu key?

Dah tu dari dok pk pening2 pasal jodoh dok resah tak do yang kenan kat kito, baek kito pk pasai nak mampuh... Ajal dan maut pun kat tangan Allah jugak.. dah tu sibuk ni nak kahwin.. resah ni tak do ore nak ko kito...tp dio dak takut pulak nak mati.. tak resah pulak Allah terima ko dok taubat dia, amalan dia....

Jadi fikir-fikirkanlah.. bersabar tu kan lebih baik... Allah pun ada berfirman maksudnya : "Khabarkanlah berita baik bagi orang-orang yang bersabar"...

kesimpulannya... don't rush anything.. kadang-kadang kita jumpa lelaki hok yang saloh.. nak buat guane.. Allah nak uji iman mu... sabar...jangan la dok yakin..dok resah.. biarkan je lah.... yang lepas tu lepas.. bukak buku baru... Allah tu Maha Pengampun... bertaubatlah, takut2 jodoh yang ditunggu tu tak menjengah tiba, yang datang menyusul tu ajal kita dahulu... kita dok tahu key? dah tu sabar lah.... InshaAllah ada hok molek untuk kita

Friday, July 8, 2011

Astaghfirullahhalazim

apa yg aku fikirkan? adakah aku cuba mempertikaikan nikmat dan takdir Allah? Astaghfirullahhalazim... siapalah aku? hambaNYA yang kerdil yang tidak lyk meminta apa-apa pun dariNYA yang ESA... Ya Allah...cintaka hanya untukMU... aku tidak mahu berpaling lagi.terimalah aku dalam rahmatMU kembali Ya Allah.

Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui... Maha Suci Tuhan Yang Pemurah lagi Pengasihani... letakkanlah cintaku ini hanya untukMU, cukpkanlah bagi diriku hanya untuk mencintaiMU.... Ya Rabb, aku sungguh memohon keampunanMU...

Buangkanlah rasa cinta yg membelengu hidup ku ini,,buanglah Ya Allah..tetapkan cinta itu hanya untukMU... aku tidak layak untuk dia...aku tidak layak Ya Allah...

Thursday, July 7, 2011

Siratullmustaqim

Ya Allah, sekiranya rasa cinta yg Engkau selitkan dalam hatiku ini untuk dirinya adalah satu ujian dariMU, maka kau ambillah semua rasa cinta ini.... aku takut Ya Allah. Takut dikecewakan. Dia bukanlah muhrim, malah tidak halal bagiku untuk mencintainya.. Ya Allah, jauhkan aku dari zina hati ini. Buanglah semua rasa hawa nafsu cinta yg bersarang dalam hatiku ini. Jadikan cintaku itu hanya MilikMU Ya Rabb. Aku takut, aku takut sekiranya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka kerana cinta sesama insan.

Ya Allah, aku tidaklah layak untuk dicintai oleh insan semulia dirinya... Dia sungguhlah seorang lelaki soleh, khalifah yang sangat diingini oleh para-para wanita solehah.. Dia beramal dengan ilmunya... Namun siapalah. Insan yang mempunyai masa silam yang tidak cukup pantas untuk dirinya.

Ya Allah, beri aku petunjukMU... letakkanlah cintaku padaMU sepenuh hatiku... aku takut Ya Allah... aku takut aku lalai meuju jalan SiratullmustaqimMU.... YA ALLAH, sungguhnya berat ujianMU ini. Kuatkan hatiku. Sekiranya dialah jodohku, maka Ya Allah aku bersyukur atas doaKU kau makbulkan. Tapi bukankah lelaki yang baik itu hanyalah untuk wanita yang baik... aku sedar siapa aku, masa silamku tidak mungkin akan persis dengan dirinya.

Ya Allah, kuatkanlah aku untuk terus menghalang hatiku dari lalai menyimpan perasaan cinta terhadap insan yg bukanlah muhrimku itu.. Dia sememangnya idaman setiap wanita.. Namun Ya Rabb, cintaku hanya untukMU.sepenuh hatiku hanya untukMU.. Izinkan aku untuk mencintaiMU dahulu sepenuh hatiku... Aku ingin mencintaiMU YA ALLAH...kudambakan cintaMU. Janganlah kau lalaikan aku... bawalah aku menuju siratullmustaqimMU...dan janganlah sekali-kali kau pesongkan hatiku dari jalanMU yang benar ini setelah kau berikan aku petunjukMU....

Monday, July 4, 2011

Astaghfirullahalazim

Allah lebih mengetahui, Allah sentiasa tahu yang terbaik.. jadi kenapa bersedih sbb pekara kecil? biarkanlah ianya berlalu.. Allah lebih mengetahui... Allah tahu segalanya.. kembali pada Allah, nescaya tindakan itulah yang lebih baik... Innalillahiwainnaillahiroji'un...Lahaulawala, kuwataillabillah... Sesungguhnya, tiada daya dan upayalah melainkan dengan izin Allah... munkin Allah x takdirkan pekara itu berlaku sebab Dia lebih mengetahui...sabarlah... Allah sentiasa bersama2 dengan orang yang sabar...

Usah ditangisi sesuatu yang bukan Milik kita... Kembali pada Allah...jangan tersasar jauh lagi... Ya Allah, masukkanlah aku dalam RahmatMU Ya Rahman Ya Rahim... Engkau mengetahui isi hatiku, namun aku percaya, Engkau lebih mengetahui....

letakkan semua cintaku pada MU Ya Rabb..Ya Ghaffur....
Aku mohon keampunanMU atas kelalaian ku, aku pohon petunjukMU kejalan kebenaran...

Saturday, July 2, 2011

Cinta 5

bukan ke cinta tu sepatutnya sesuatu yg menggembirakan? bukannya menyedihkan... jadi knp aku asyik berduka? terguris hati sbb cinta.... sudah takdir bukanlah cinta aku untuk dia berpanjangan.... perlukah aku meratapi? perlukah aku marah???

tapi untuk apa? biarkan sahajalah... mungkin cinta aku pada yang Esa belum uth... Allah ada perancangan yang lebih baik... sabarlah... ingatkan diri kau untuk bersabar afaf.. Bukankah Allah akan memberi berita gembira bagi orang-orang yang sabar...Janji Allah tu pasti