Wednesday, September 14, 2011

hepi rasa mcm nak melompat tinggi2

hehehe...Alhamdulillah...Allah bagi kesempatan untuk pergi kuliah Ustaz Azhar Idrus... Ulama' yg memang saya sayang sgt2..hehehe..dapat jumpa ustak hepi sampai sekarang xhabeh lg deh...ni first time aku pergi kuliah ustaz..selalu dok follow facebook,youtube n blog beliau je...

subahanallah...Allah ja yang tahu mcmmn hepinya hati ni bila dapat duduk dalam kuliah ustaz...Alhamdulillah sebab Allah bagi kesempatan ni buat aku...sgt2 bersyukur...Dulu aku xmacam ni pun... kuliah agama tu langsung rasa xpenting... Mungkin ni jalan yang Allah nak buka untuk aku istiqamah..Jadi DIA permudahkan jalan tu untuk aku timba ilmu... Alhamdulillah.. Ni semua nikmat Allah...

Ape pun sgt hepi sbb dpt jumpa ustaz..semoga Allah kurniakan beliau kesihatan dan kesejahteraan untuk terus memperjuangkan agama Islam yang sebenarnya di Malaysia ni...dan dimata dunia juga.. semoga beliau akan jadi inspirasi untuk para pendakwah di MALAYSIA untuk berdakwah kerana ISLAM bukan kerana KERAJAAN..InshaAllah....

we need ulama' like ustaz untuk memperbetulkan aqidah umat Islam di negara kita...semoga Allah bantu dan permudahkan perjuangan ustaz..InshaAllah

Friday, September 9, 2011

aku masih mencari Allah

aku masih mencari Allah...masih ingin mengenali Yang Maha Esa itu dengan sepenuh hatiku...Orang yang betul-betul kenal Allah adalah orang yang sangat takut pada Allah... orang yang paling takut kepada Allah itu adalah Nabi Muhammad S.A.W kerana baginda betul-betul mengenali Allah... Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya "Demi Allah! Aku lebih takut kepada Allah daripada kamu dan lebih bertakwa kepada-Nya daripada kamu" Hadis Fathul Bahri....

Allah S.W.T berfirman dalam surah Fathir ayat 28 yang bermaksud "Sesungguhnya yang taku kepada Allah diantara hamba-hamba NYa, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Pengampun".

Cuba renungkan... takutkah kita pada Allah? Yang hidup kita dalam kekuasaan NYA kalau kita masih lagi melakukan pekara yang mungkar...Aku masih lemah..masih belum dapat meletakkan hukum agama yang terpaling atas dalam priority hidup aku... Istiqamah terhadap tabaru aku juga mengikut keingininanku... mana hukum Allah itu aku letakkan...

kerana itu aku masih mencari Allah.. aku ingin hati ini tunduk kepada Allah..kenali Allah.. itu adalah jalan siratulmustaqim yang ingin aku tuju... Aku ingin kenal Allah supaya aku dapat merasakan kasih dan sayang NYA Yang ESA itu pada aku....

Allah itu dekat... Allah S.W.T berfirman dlam surah Al-Baqarah ayat 186 " Dan apabila hamba-hambaku beranya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) KU dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"... carilah Allah nescaya kita akan selamat dunia dan akhirat....

Ingatlah pada Allah tatkala kita senang, nescaya Allah akan ingat pada kita tatkala kita susah...Janji Allah itu pasti

Monday, August 22, 2011

Ya Allah, Pandanglah aku

kadang-kadang, kita selalu pertikai, kenapa apa yang kita mohon, kita doa, Allah xmakbulkan....kadang2 rasa putus asa, rasa sedih, rasa kecewa... sangat lemah kan iman kita???

cuba kita fikir sejenak akan dosa-dosa kita..apakah pantas diri kita ini, untuk memohon sesuatu sedangkan kita sendiri masih bergelumang dengan maksiat dan dosa...sedangkan kita sendiri masih belum sepenuhnya mentaati perintah Allah?

cukuplah bagi aku, Allah ampunkan dosa aku dan selamatkan aku dari azab neraka... Aku banyak dosa..dosa yang aku takut Allah xampunkan... kelak kalau aku mati... tanpa pengampunan dari Allah... maka nerakalah seburuk-buruk tempat untuk kembali...

Tapi aku percaya... Allah maha Pengampun..Maha Pengasih, Maha Penyayang... Ya Allah... Pandanglah Aku ketika aku berdoa kepadaMU.. cukup engkau bagiku Ya Allah....cukup hanya Engkau...

Friday, August 19, 2011

La Tahzan kerana Jodoh

kadang2 ada jugak rasa cemburu, sedih, alone bila tgk orang lain bahagia bersama pasangan masing2... terlintas jugak kat hati ni kadang2, nak terima je kaum2 adam yg dirasakan sesuai.. bila fikir2 balik, tak kuat lagi iman aku rupanya....
Astaghfirullahalazim.

kenapalah nak mengharapkan cinta duniawi sedangkan dunia hanya sementara? cinta sesama insan itu jua adalah pinjaman milikNYA...akhirat tu kan yang kekal..kenapa nak kejar cinta dunia semata-mata? cinta pada Allah itulah yang paling Agung... yang kekal hingga ke akhirat, yang janjinya adalah pasti....

untuk apa dicari cinta itu, Janji Allah kan pasti... jodoh pertemuan itu ditentukan oleh Allah... jadi kenapa nak gusar, nak takut? bercinta lama mana pun kalau dah bukan jodoh, akan diakhiri perpisah jua bukan?

Aku yakin, Allah ciptakan aku dari tulang rusuk lelaki itu, dan dia pasti ada untuk aku... Bersabar tu kan besar pahalanya, bersabar itu ganjarannya pasti.. Biarlah mereka yang lain berbahagia bersama kekasih mereka... Ingat, bahagia dunia hanya sementara...

kejarlah bahagia dunia dan akhirat..bukankah itu lebih afdhal... dulu..masih ingat tak, aku kejar cinta dunia itu, tapi apa yang aku dpt di pengakhirannya???

cukuplah, dan memadailah aku berbahagia dengan cintaku kepada Illahi... rahmatnya itu pasti... cukuplah dan memadailah, kasih dan sayang dari kedua ibu bapa ku serta ahli keluargaku... apaaku tak bersyukur dengan kasih sayang mereka?

Bahagia hati ini apabila nikmatnya keimanan kepada Allah itu melebihi segalanya... InshaAllah.. perubahan ini, penghijrahan ini demi sebuah rahmat dari Allah...

Usahlah gusar kerana jodoh... kerana janji Allah itu pasti.

Saturday, August 13, 2011

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah...Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah”- IBNUL QAYYIM-

Thursday, August 11, 2011

Demi Cintaku padaMU YA ALLAH

kadang-kadang dunia yang indah ciptaan Allah ni terasa kosong, aku tak jumpa tujuan hidup aku bila semua yang aku harapkan musnah dan hancur... aku menjadi berputus asa atas segala musibbah yang Allah beri... Astaghfirullahalazim... hinanya aku... sesungguhnya musibbah yang Allah kurniakan itu adalah kerana untuk menguji keimanan aku..

Manakan pantas harus aku berhenti berharap kalau Allah itu selalu dekat dengan aku... Mungkin cinta yang aku cari tiada satu maknapun yang beerti... Harus ku tekadkan hati ini, semua ini demi cintaku pada yang Esa... perubahan ini, cinta ini, pengorbanan ini, semua untuk mendapatkan rahmat Illahi...

Aku ingin mencari cinta yang mendalam terhadap pencipataku...semoga erti cinta kepada Allah yang Esa akan membibitkan sebuah kebahagiaan didalam hati ini..cukuplah... cinta sesama insan yang aku tempuhi semuanya berakhir dengan sebuah tangisan air mata yang cukup derita, dan pedihnya bersisa hingga kini.... Cukuplah kali ini, hanya cintaku untuk MU Ya Allah....

Aku krbankan segalanya demi cintaku padaMU ya Allah.. aku redha, ini takdirMU, dan aku beriman dengan qada' dan qadar MU...

Friday, August 5, 2011

Indahnya Ramadhan~

Subhanallah, Alhamdulillah, Walaillahhaillallah, Allahuakbar.. segala puji itu sesungguhnya milik Allah yang selayaknya.. DIA kurniakan segala kemudahan bagiku.. Alhamdulillah.. tatkala aku menuliskan luahan ini hatiku bersyukur menghayati bulan ini.. Aku bersyukur atas segala nikmat dan kurniaanya... Allah mudahkan laluanku yang berduri yang penuh dgn kesedihan.. dikurniakannya kemudahan dalam kehidupan seharianku... Maka apakah aku tidak bersyukur? dan sekiranya aku tidak mensyukuri rahmat dan limpah kurniaan Allah itu, maka termasuklah aku dalam golongan-golongan orang yang rugi...

GOD IS THE GREATEST.... aku benar-benar bersyukur Ya Allah.. kesenangan ini milikMU, kemudahan ini milikMU, nikmat ini juga milikMU.. terima kasih Ya Allah... Terima Kasih atas segalanya...ini KAU pinjamkan untukku, ianya tidak akan kekal.. namun aku bersyukur... syukur atas segalanya..ini nikmatMU... Alhamdulillah...

Alhamdulillah kau mudahkan aku dan KAU beri jalan untu aku menyelesaikan masalah ku, Alhamdulillah KAU lembutkan hati-hati mereka yang terguris olehku untuk memaafkan kekhilafan aku.... Alhamdulillah kau lapangkan masa-masaku untuk terus beribadah walaupun suntuk aku bekerja seharian... Alhamdulillah KAU letakkan didalam hatiku keutamaan mencintaiMU supaya aku sentiasa berbahagia disisiMU YA RABB....

Aku bersyukur.... Alhamdulillah