Wednesday, September 14, 2011

hepi rasa mcm nak melompat tinggi2

hehehe...Alhamdulillah...Allah bagi kesempatan untuk pergi kuliah Ustaz Azhar Idrus... Ulama' yg memang saya sayang sgt2..hehehe..dapat jumpa ustak hepi sampai sekarang xhabeh lg deh...ni first time aku pergi kuliah ustaz..selalu dok follow facebook,youtube n blog beliau je...

subahanallah...Allah ja yang tahu mcmmn hepinya hati ni bila dapat duduk dalam kuliah ustaz...Alhamdulillah sebab Allah bagi kesempatan ni buat aku...sgt2 bersyukur...Dulu aku xmacam ni pun... kuliah agama tu langsung rasa xpenting... Mungkin ni jalan yang Allah nak buka untuk aku istiqamah..Jadi DIA permudahkan jalan tu untuk aku timba ilmu... Alhamdulillah.. Ni semua nikmat Allah...

Ape pun sgt hepi sbb dpt jumpa ustaz..semoga Allah kurniakan beliau kesihatan dan kesejahteraan untuk terus memperjuangkan agama Islam yang sebenarnya di Malaysia ni...dan dimata dunia juga.. semoga beliau akan jadi inspirasi untuk para pendakwah di MALAYSIA untuk berdakwah kerana ISLAM bukan kerana KERAJAAN..InshaAllah....

we need ulama' like ustaz untuk memperbetulkan aqidah umat Islam di negara kita...semoga Allah bantu dan permudahkan perjuangan ustaz..InshaAllah

Friday, September 9, 2011

aku masih mencari Allah

aku masih mencari Allah...masih ingin mengenali Yang Maha Esa itu dengan sepenuh hatiku...Orang yang betul-betul kenal Allah adalah orang yang sangat takut pada Allah... orang yang paling takut kepada Allah itu adalah Nabi Muhammad S.A.W kerana baginda betul-betul mengenali Allah... Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya "Demi Allah! Aku lebih takut kepada Allah daripada kamu dan lebih bertakwa kepada-Nya daripada kamu" Hadis Fathul Bahri....

Allah S.W.T berfirman dalam surah Fathir ayat 28 yang bermaksud "Sesungguhnya yang taku kepada Allah diantara hamba-hamba NYa, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Pengampun".

Cuba renungkan... takutkah kita pada Allah? Yang hidup kita dalam kekuasaan NYA kalau kita masih lagi melakukan pekara yang mungkar...Aku masih lemah..masih belum dapat meletakkan hukum agama yang terpaling atas dalam priority hidup aku... Istiqamah terhadap tabaru aku juga mengikut keingininanku... mana hukum Allah itu aku letakkan...

kerana itu aku masih mencari Allah.. aku ingin hati ini tunduk kepada Allah..kenali Allah.. itu adalah jalan siratulmustaqim yang ingin aku tuju... Aku ingin kenal Allah supaya aku dapat merasakan kasih dan sayang NYA Yang ESA itu pada aku....

Allah itu dekat... Allah S.W.T berfirman dlam surah Al-Baqarah ayat 186 " Dan apabila hamba-hambaku beranya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) KU dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"... carilah Allah nescaya kita akan selamat dunia dan akhirat....

Ingatlah pada Allah tatkala kita senang, nescaya Allah akan ingat pada kita tatkala kita susah...Janji Allah itu pasti